Keistimewaan Telur Pindang

Keistimewaan telur pindang kami adalah:

-> Telur pindang kami disediakan mengikut tradisi turun temurun.
-> Ia direbus bersama daun-daun herba yg terpilih
-> Menggunakan telur terbaik (Gred A) serta berkualiti tinggi
-> Telur dapat bertahan sehingga sebulan tanpa menjejaskan kualitinya
-> Telur pindang akan direbus selama minimum 2 hari 2 malam untuk menjamin herba dapat diserap di dalam setiap biji telur
-> Warna telur yang sekata tanpa pecah-pecah samada di kulit telur atau telur yang telah dikupas menunjukkan kualiti telur yang tinggi.

Telur pindang dapat digunakan untuk pelbagai majlis dan keraian sebagai cenderahati. Antaranya:

-> Majlis Perkahwinan ( sebagai buah tangan tetamu, hantaran)
-> Majlis Akikah
-> Majlis Perasmian (buah tangan VIP)

Telur pindang juga amat berkhasiat untuk digunakan dalam masakan harian seperti Masak Sambal Tumis, Masak Lemak Cili Api, Masak Kurma dll.

Sila hubungi kami di talian 016-2211124 untuk pertanyaan dan tempahan. Lokasi kami adalah di Selangor. Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum penghantaran.

Comments

Popular Posts